Majlis Kebudayaan Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan Badan Induk kepada badan-badan / pertubuhan kebudayaan negeri Perak dalam menggerak, mengembang dan mempertingkatkan aktiviti kebudayaan dan kesenian sama ada di peringkat negeri mahupun daerah. Selaku badan bertanggungjawab, Majlis Kebudayaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah memainkan peranan dan bergerak cergas ke arah membangun, memelihara dan memperkayakan khazanah budaya di negeri Perak sejak ditubuhkan pada 16 haribulan November 1974 dan diluluskan pendaftarannya pada 24 haribulan Mac 1980.
PENTADBIRAN
Sejak dari mula penubuhan sehingga kini segala urusan pentadbiran Majlis Kebudayaan Negeri Perak Darul Ridzuan ditempatkan Di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak kerana Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, berlandas Undang-undang 12 (Jawatankuasa) didalam perlembagaan dan Undang-undang Majlis menetapkan beliau sebagai Setiausaha Kehormat.
KEPIMPINAN
Majlis Kebudayaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah dipimpin oleh beberapa orang tokoh yang silih berganti. Mereka ini terdiri daripada Anggota Exco Kerajaan Negeri Perak yang memegang portfolio kebudayaan. Tokoh-tokoh yang pernah dan sedang memimpin Majlis Kebudayaan Negeri Perak adalah seperti berikut :-
1. YB Tuan Haji R.M Idris PMP, PJK, JP.
(bermula pada tahun 1975 sehingga 6 haribulan Februari 1979)
2. YB Tuan Haji Zainal Abidin bin Zain, PMP.
(bermula pada 7 haribulan Februari 1975 hingga 30 haribulan Mac 1981)
3. YB Tuan Haji Abd. Wahab bin Abu Bakar, AMN.
(bermula pada 1 haribulan April 1981 hingga 30 haribulan April 1982)
4. YB Tuan Zulkrnain bin Haji Abd. Rahman, AMP, AMN, PPN, PPT.
(bermula pada 1 haribulan Mei 1982 hingga 24 haribulan Julai 1986)
5. YB Encik Junus bin Wahid, AMN, AMP, PPT.
(bermula pada 14 haribulan Ogos 1986 hingga Mac 1991)
6. YB Dato' Mazidah binti Haji Zakaria, DPMP, AMP, PPT.
(bermula pada Mac 1991 hingga Oktober 1993)
7. YB Dato' Junus bin Wahid, AMN, AMP, PPT.
(bermula pada Oktober 1993 hingga Mei 1995)
8. YB Dato' Mazidah binti Haji Zakaria, DPMP, AMP, PPT.
(bermula pada Mei 1995 hingga April 2004)
9. YB Dato' Haji Mohd Zaim bin Haji Abu Hasan.
(bermula pada April 2004 hingga Disember 2010)
10. YB Dato' Zainol Fadzi bin Haji Paharudin.
(bermula pada January 2011 hingga 2013)
11. YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohamed Radzi
(bermula pada Julai 2013 hingga sekarang)
No comments:
Post a Comment